BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 16, 2010

Promosi Oktober 2010

Salam...
Sempena bulan oktober 2010 nie.. di Da decal...
Promosi decal untuk anda!!!
Dengan setiap belian 2 keping decal.. anda akan dapat PERCUMA 1 keping decal pilihan anda..
Cepat - cepat !!! Tawaran ini sah sehingga 31 oktober sahaja!!
dapatkan segera...
Hanya di DA DECAL

Tuesday, September 14, 2010

Bangku - dari set bilik tidur..

Salam buat semua.... dengan kesempatan ini..masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat para pelawat DA Decal... semoga penuh dengan keceriaan bersama-sama org tersayang...
Ok.. kali nie.. sy update kan... hasil yang telah saya buat.. sempena di hari raya ini...maklumlah..tak balik kg... 
Jadi..bila dah tak balik tuh.. banyak le masa terluang... padahal ada je keje..hehehe.. cuma lebih kepada buat keje santai2 je dlu... tukar barang2 ke warna putih dan decal kan..:)
Item kali ini ..adalah bangku dari set bilik tidur.. memandangkan bangku ni..tak di gunakan di blik tidur..dan..berada di ruang tamu.. apa lagi.. sy amik kesempatan untuk memutihkan beliau..hahahaha....
Berikut adalah hasil akhir.. simple.. cukup je la...dengan warna putih dan bungaan.. tak yah stripe2 or dot dot ... :)
Hah? cam ne... dah ada idea tak ? ... so boleh la try2 ye...:)
Akan datang ada lagi item2 lain..:) tungguu....!!! rajin2 la dtg melawat.. jgn ketinggalan...

Wednesday, September 1, 2010

Rak Putih - Tema Bunga Kangkung

Sementara free skit nie... kasik touchup skit rak display barangan cenderahati akamika gift..
Habis 2 botol spray putih... then decal kan dengan tema bunga kangkung...

Itu jela... kot2 sape nak putihkan dan decalkan item2 di rumah..boleh antar ke sini :)

Tuesday, August 17, 2010

MousePad - Tempahan Emelyn's Garden


Salam buat semua... hah .mcm mana dengan puasa? sempena bulan puasa ini masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa untuk semua...
So entry kali ini, saya cuma nak letak tempahan mousepad yang telah di buat oleh Suesafia dari emelyn's garden.. anda pasti tau siapa dia kan? ..kalu taktau..pegi cari sendiri di blog nye..hhehehe
Berikut adalah tempahan beliau...

(Tikus merah tu..saje je nak menunjukkan mende nie adalah mousepad)

Suppose mousepad ini tidak di promosikan di blog da decal.. sebab blog ini khas untuk decal sahaja..tapi ..ini adalah entry khas untuk para penggemar decal untuk menempah mousepad anda... mengikut bunga decal pilihan anda... orait..

Ops..hampir terlupa.. nak tau harga ? Kalu nak tau harga..anda perlu email kepada saya :)

Apa tunggu lagi..jika berminat..tempahlah sekarang...!!!


Wednesday, July 28, 2010

PERCUMA MousePad !!!

" Dengan tulis ikhlas daripada DA Decal"
MousePad RA Percuma. - (tikus merah tidak di jual.. secara berasingan..kekeke)


Salam buat semua..
Berita baik untuk para pelawat dan juga pelanggan Da Decal yang di sayangi...
Tawaran istimewa untuk anda..MousePad Percuma untuk anda.!!

Dengan setiap belian 5 keping Da Decal, anda layak menerima sekeping mousepad RA..! Khas untuk pelanggan DA Decal. Tawaran terhad..hanya untuk 5 org yang terawal sahaja!!..Jadi cepat2 la rebut peluang ini...


Monday, July 26, 2010

Agen Da Decal - 7 Org sahaja


Pengumuman Penting/ Berita Baik :-

Bagi mereka2 yang ingin menjadik Agen Da Decal.. Kini Da Decal telah buka pendaftaran Agen Da Decal.
Untuk menjadi Agen , syarat2 adalah seperti berikut: -

Pendaftaran: - RM 20 (Sekali seumur hidup) - anda akan dpt card keahlian
Yuran Keahlian - Tiada
Keperluan: - Perlu ada blog atau pun kedai atau pun website.


Kelebihan/Keistimewaan: -
* Setiap belian decal- anda akan dpt harga agen yang sememangnya murah.(harga agen akan di maklumkan di dalam email)
* Decal percuma untuk anda.. sekiranya mencapai kuota yang di tetapkan setiap bulan.
* Anda boleh paternkan keunikkan decal anda sendiri.
* Anda akan terima patern2 lain dari semasa ke semasa untuk jualan anda..so tak perlu bersusah payah pikir design sekiranya anda takde masa untuk mencari.
* Setiap agen yang berdaftar - anda akan di senaraikan di dalam blog Rasmi Da Decal.



Pendaftaran:- Agen Da Decal Terhad- Cuma 7 orang Agen sahaja. Jadi peluang untuk anda menjual lebih besar.

Jika Berminat- Sila emailkan ke akamikasupport[@]gmail.com
Sila keluarkan tanda [ ] sebelum email. Ini untuk elak spam.

Cepat2..tawaran terhad..!!!

DA- Royal A34 & DA - RoyalA 38

Berikut sedikit tambahan untuk Da Decal bagi decal code DA Royal A34 (Version 1) dan DA Royal A38 (Version 2)
Jadi anda boleh pilih mana yang berkenan ye...


DA-Royal A34 (Version 1) - Bunga Kuning di bahagian atas.


DA-Royal A38 (Version 2) - Bunga Kuning di bahagian bawah.

Sila lihat dengan teliti sebelum membeli. Barang yang telah di jual, tidak boleh di tukar ganti. Terima kasih.

Saturday, July 17, 2010

Grade Da Decal

Salam kembali buat semua..
kini.. Da decal ingin mengumumkan... Decal di Da Decal kini ada 2 jenis grade.

Decal Grade A dan Decal Grade B

Decal Grade A - RM 25 sekeping*
dan
Decal Grade B - RM 18 sekeping*

*Tidak termasuk kos penghantaran.

Perbezaan antara decal grade A dan B?
Decal Grade A - lebih tebal dan warna lebih tahan lama (Boleh guna untuk kegunaan harian, tapi perlu coating).

Decal Grade B - lebih nipis dan tidak nampak kesan sticker. Warna tidak tahan lama berbanding decal grade A.(Tidak sesuai untuk kegunaan harian)

Bagi para customer Da Decal, anda boleh pilih sama ada nak decal grade A atau pun B.. Design masih lagi custom design..tak kisah design mcm mana pun yang anda inginkan...

Berita baik - Bagi mereka yang membeli Decal Grade A sebanyak 5 keping - Percuma sekeping Decal Grade B. Beli 10 keping Decal Grade A - Percuma 2 keping Decal Grade B. (Dalam gandaan 5).

Di nasihatkan..jika anda ingin membeli Decal Grade B dalam kuantiti yang banyak, adalah lebih baik, anda beli sekeping terlebih dahulu lihat kualitinya. Kalau puas hati ok.. boleh order banyak2 :)



Wednesday, June 30, 2010

July Promotion - 5%Diskaun



Salam buat semua.. sempena..bulan July ini, Da Decal mengadakan promosi iaitu No Delivery Charge. Kos Penghantaran adalah percuma!!

Cepat2..bagitau kawan2...:) anda juga boleh copy je pic di atas..dan letak di blog anda.. :)
Jadi .. apa tunggu lagi.. hanya promosi untuk BULAN JULY 2010 sahaja
bersempena.. bulan lahir saya.. :)

Tambahan: -
Untuk lebih menarik.. DISKAUN 5% untuk setiap keping decal yang anda tempah.!!
Apa tunggu lagi.... anda boleh tempah decal yang tersedia ada...mahupun..mengirimkan gambar atau design sendiri..untuk di jadikan decal...

Tawaran Menarik Bulan JULY sahaja..tunggu apa lagi.. tempah la sekarang :)

DA Decal
Afdhal (0173722 584)
akamikasupport@gmail.com

Thursday, June 24, 2010

DA - twoF 36 & vanR37

Salam kembali..
Setelah lama menyepi..kini kembali lagi..senyap bukan bermakna..dah tak leh buat tempahan..
tempahan sentiasa ada..sentiasa di buka... cuma saya tak sempat update...
So untuk maklumlah..harga decal kini fix price... rm 25 /pcs.. tak kisah la design cam ne pun.Janji sekeping A4 adalah RM 25 ye. (Tidak termasuk kos penghantaran)

Dan kali nie.. dua decal yang seterusnya..iaitu.. DA twoF36 & nadR37

DA-vanR37




DA-twoF36


Info harga adalah seperti berikut:

Saiz : - A4
Harga: - RM 25.00/pcs
Penghantaran :- RM 5.00 (1- 10 pcs)

Diskaun sebanyak 10% bagi tempahan melebihi 5 pcs
DA Decal
Afdhal (0173722 584)
akamikasupport@gmail.com

Tuesday, April 6, 2010

Studio Akamika

Dengan rasmi nya.. DA Decal merupakan salah satu produk dari Studio Akamika dengan no Pendaftaran SA0152004-V yang bertempat di 67 Jalan Pinggiran USJ 3/4, Taman Pinggiran USJ, 47610 Subang Jaya, Selangor. (Home Based Business)

Tempahan Da Decal hanya secara online.. kalau datang umah.. decal nya takde ..kerana setiap decal yang di hasilkan adalah mengikut tempahan.. dan kemudian nya baru di cetak.

Jadi..pilih dalam blog ini sahaja ye :)

Terima Kasih

Muhd Afdhal
Creative Director Da Decal
0173722584

Saturday, March 13, 2010

Dari lama berwajah baru - RA Roses

Salam kembali.. buat para peminat DA DECAl.. apa kabar semua? mesti ada yg tertanya.. wujud lagi ke item2 decal kat sini ..ye tak? tak ber update pun kan... Decal yang ada..sentiasa wujud lagi.. item semua..still boleh tempah ..takde masalah... Tak update bukan bermakna ..dah tak buat.. .. Still buat lagi..cuma agak dan tak sempat nak update..

Ok kali nie tak nak cerita yang tu.. nak cerita yang berkenaan dengan tajuk n3 kali nie "Dari lama berwajah baru - RA Roses"

Nampak tak sofa lama kat bawah tu? hah.. yang tu adalah sofa lama MIL punya... coz masa kitaorg (me n my wife) pindah.. umah kosong ..takde mende..so amik je la sofa lama nie buat sementara ... supaya tak nampak la terlalu kosong... amik pun satu je..bukannye set lengkap. Rasanya set lengkap sofa nie.. 3, 2, 1,1 la .. saya pun tak sure.. dan kitaorg cuma amik satu je..


Memandangkan..dah beli set sofa baru.. ntah berapa bulan lepas pindah... then sofa nie.. takde geng...so letak tepi2 n tersorok jela... coz maklumlah..wajah dah kureng menarik.. Then...setelah saya bleh wat decal sendiri dan tgk sample d blog2 yang ado.. teringin la plak nak cat sofa lama nie.. so apa lagi.. projek di mulakan... aclty dah lama nak mula.. 2 bulan seblm nie..tapi tak sempat..asyik busy ajo..last2..minggu lepas.. ajak mmber dtg umah.. so..dia pun tlg2 la cat jugak..jadi gambar tangan tu ..gambar dia la tuh..kui3..


So setelah bertungkus lumus.. selama lebih kurang 3-5 hari kalau tak silap..kasik betul2 kering... baru la tampal decal... so hasil2 nya adalah seperti di bawah... dan sepatut nya lepas tampal decal ... kena "syelek" or varnish kan.. or coating .. tapi memandangkan ..dah tak sabar2.. dan ada org yang tak sabar nak tgk..so.. apa lagi..amik gambar ..n upload..

Berikut adalah hasil nya...

Nie bila dah berwajah baru... boleh le letak di tgh2 medan...hehehe.. kalau tak..dok tersorok kat tepi2 je...

Di pemegang pun ado.. di bahagian tepi bawah pun ado...bunga RA roses...cam ne.. suka?

Cuma satu je skrg nie..yang terasa tak berapa nak kena.. ada sarung kusyen tu.. maklumlah..dah kate yang lama kan..so..blm ada masa nak cari... so tgk yang lama la dlu yek... but if ada rakan2 blogger yang tau ..or ada yang menjual sarung kusyen yang matching ngn bunga decal nie.. boleh suggest .. insyallah..kalau ada rezeki..n saya tgk sesuai..compom saya beli :)

Ini baru satu kerusi.. so..kalau ok..pasnie. kalau nak bagi nampak cantik..kena la buat satu set ... so kena la pegi amik di rumah MIL yang lagi 3 bijik.... kuang3 kalau diaorg tak guna..boleh aje amik... :)

Pasni..sesapa yang ada sofa cam nie..tentu dah ada idea cam no nak tampal decal nye ..ye tak? senang ajo....tak susah pun.... :)

Jadi ..hasil akhir nya adalah seperti di atas.. hah..cam ne? Sgt berbeza kan dari wajah lama.. lebih nampak ekslusif... Agak2 la...kalau nak jual yang atas nie je berapa? If ada yang nak beli..berapa anda sanggup bayar? Sila2 la post comment anda ye...

Orait..itu jer..dah kul 2 pagi dah nie.. kang melalut panjang plak..heheh...
Ok ..tata..
Enjoy the picture..

Friday, February 19, 2010

Peringatan - Tempahan Custom Decal

Salam kembali pada semua Pelawat/Penggemar DA Decal.

Rasa lama betul tak update....bukan saje2 tak update..tapi tak sempat nak update...

Ok entry kali ni just nak untuk Peringatan pada Pelawat/Penggemar Decal yang inginkan customize decal mengikut pilihan anda..

PERINGATAN PENTING adalah seperti berikut:

1. Bagi setiap tempahan customize yang anda minta, sila nyatakan SAIZ gambar yang di inginkan.
(kalau tak nyatakan... saya akan buat ikut suka saya). Saya bukan psikik yang boleh baca minda anda.

2. Jika inginkan FONT - sila nyatakan SAIZ dan juga JENIS FONT. (Jika anda tak bagitau, Saya tak nak nnti bila saya dah buat ikut citarasa saya.. anda tidak berkenan dengan pilihan saya.. dan minta saya buat semula - maaf , anda hanya akan membuang masa saya sahaja)

3. SYARAT TERKINI - setiap tempahan customize, charge tambahan adalah sebanyak RM 10 perlu di buat terlebih dahulu.
Ini adalah kerana.. ada beberapa orang customer tempah customize decal..nie..tapi bila saya dah siapkan sample , senyap plak.. tak jadik tempah.. (buang masa saya lagi sekali -
p/s: maaf saya tak banyak masa untuk layan karenah anda seorang sahaja) Ramai lagi yang nak tempah decal .. so bagi peluang pada yang benar2 nak decal ngn segera)

4. Sila semak bulk atau spam mail anda.. berkemungkinan email saya tak masuk inbox anda.. So bukan saya tak reply.... email anda..SAYA PASTI REPLY.

5. Sedikit Pertukaran Terma untuk PENGHANTARAN -

Pos EKSPRESS- RM 5 (1-10 keping)
Pos Laju - RM 6 ( 1-10 keping)

Harap maklum


Di harapkan .. anda membaca info2 di blog saya ini terlebih dahulu sebelum membeli...

Terima kasih

Afdhal
DA DECAL (Creative Director)
0173722584

Friday, January 1, 2010

Custom Decal

Salam kembali buat semua pelawat/peminat DA Decal.. sungguh lama rasanya tak update new entry... bukan sengaja..tapi terlalu sibuk dengan tempahan dari blog yang satu lagi.. ok.. Terlebih dahulu. saya ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Tahun baru 2010 buat semua pelawat/peminat DA Decal.

Untuk entry pertama di tahun 2010 ini.. saya up kan ... custom decal yang telah di tempah oleh beberapa customer DA Decal.

Ok.. custom decal yang pertama nie di tempah oleh errr... lupa plak nama cik kak nie.. yang saya ingat cuma ym id dia..SueZ @ Suesafia ..ari2 tgk ym id..so name betul lupa la.. maaf yer..ampun...

So yang bawah nie adalah Custom decal yang telah di tempah oleh beliau.. tapi yang nie..dia design sendiri.. saya cuma jadikan nya Decal.. so.. kalu berkenan..kena pegi tanya beliau sendiri.. kalau agak tak sure website nye kat mana.. search je .. guna google..sure jumpe.. pemes gak la dia nie.. :P


Custom decal yang seterusnya di tempah oleh Tt Hz dari Brunei.. buat pertama kali nya.. DA Decal telah cross border memasuki pasaran international.. Insyallah..akan datang..akan di buka untuk negara2 terdekat...

Custom Decal yang di tempah oleh Tt nie adalah bertemakan CupCakes.
Di bawah adalah dua saiz yang berbeza di tempah oleh beliau..
Makin kecik..makin banyak.. as long as.. boleh muat sekeping A4..


Seterusnya Custom Decal di bawah.. di tempah oleh Kak Norma .. betul ke nama akak nie? kawan kepada Pn June (yang telah tempah decal siap). Dari johor jugak diaorg nie.. ntah2 kawan kepada Kak Yah jugak ke? hehe.. takpe la.. tak kisah ... :) Sape pun boleh tempah..

Err.. bunga apa nie? saya sendiri pun tatau la.. yang nie nnti tunggu Kak Norma jawab kan ye.. heheh.. kalau ada yang berminat ..dah boleh tempah.. lai lai lai...

Saiz bunga paling besar 2.5 inci lebar.. dan saiz bunga kecik.. 1.5 inci lebar

Seterusnya.. yang bawah nie aclty dah siap dah..bukan nye custom decal.. cuma di susun..dan di campur2 kan bunga2 dari decal yang telah tersedia ada.. saya pun dah lupa siapa sebenarnya yang tempah? .. tapi tak pe..kalau ada yang berminat.. boleh tempah jugak.. :)


ok tu jer la untuk entry pertama bagi tahun 2010..
Semoga.. tahun ini lebih baik dari tahun2 yang sebelum nya.. insyallah...aminn..

Sekian,

Afdhal
Creative Director (DA Decal)
(0173722584)
akamikasupport@gmail.com