BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 20, 2011

Da Decal - Facebook

Buat sementara waktu... sehingga di umumkan..

Kesemua decal-decal akan di update kan melalui facebook saya di link berikut:-


anda boleh add saya

sebarang pertanyaan adalah melalui facebook ..

harap maklum...

Sunday, January 2, 2011

Penutupan DA Decal

Salam dan selamat tahun baru..

untuk makluman Da Decal di tutup buat sementara waktu ( 1 minggu ) untuk penyusunan semula design2 decal. Sebab ada beberapa file decal telah hilang.. So... tak semua design akan anda... terpaksa amik masa untuk buat re design.. harap maklum... dan juga da decal dlm proses menyiapkan website niaga yang lebih teratur untuk para pelanggan memilih design decal... coz sblm ni..ada yang tak dpt nak bukak blog ini..

harap maklum..

Saturday, October 16, 2010

Promosi Oktober 2010

Salam...
Sempena bulan oktober 2010 nie.. di Da decal...
Promosi decal untuk anda!!!
Dengan setiap belian 2 keping decal.. anda akan dapat PERCUMA 1 keping decal pilihan anda..
Cepat - cepat !!! Tawaran ini sah sehingga 31 oktober sahaja!!
dapatkan segera...
Hanya di DA DECAL

Tuesday, September 14, 2010

Bangku - dari set bilik tidur..

Salam buat semua.... dengan kesempatan ini..masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat para pelawat DA Decal... semoga penuh dengan keceriaan bersama-sama org tersayang...
Ok.. kali nie.. sy update kan... hasil yang telah saya buat.. sempena di hari raya ini...maklumlah..tak balik kg... 
Jadi..bila dah tak balik tuh.. banyak le masa terluang... padahal ada je keje..hehehe.. cuma lebih kepada buat keje santai2 je dlu... tukar barang2 ke warna putih dan decal kan..:)
Item kali ini ..adalah bangku dari set bilik tidur.. memandangkan bangku ni..tak di gunakan di blik tidur..dan..berada di ruang tamu.. apa lagi.. sy amik kesempatan untuk memutihkan beliau..hahahaha....
Berikut adalah hasil akhir.. simple.. cukup je la...dengan warna putih dan bungaan.. tak yah stripe2 or dot dot ... :)
Hah? cam ne... dah ada idea tak ? ... so boleh la try2 ye...:)
Akan datang ada lagi item2 lain..:) tungguu....!!! rajin2 la dtg melawat.. jgn ketinggalan...

Wednesday, September 1, 2010

Rak Putih - Tema Bunga Kangkung

Sementara free skit nie... kasik touchup skit rak display barangan cenderahati akamika gift..
Habis 2 botol spray putih... then decal kan dengan tema bunga kangkung...

Itu jela... kot2 sape nak putihkan dan decalkan item2 di rumah..boleh antar ke sini :)

Tuesday, August 17, 2010

MousePad - Tempahan Emelyn's Garden


Salam buat semua... hah .mcm mana dengan puasa? sempena bulan puasa ini masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa untuk semua...
So entry kali ini, saya cuma nak letak tempahan mousepad yang telah di buat oleh Suesafia dari emelyn's garden.. anda pasti tau siapa dia kan? ..kalu taktau..pegi cari sendiri di blog nye..hhehehe
Berikut adalah tempahan beliau...

(Tikus merah tu..saje je nak menunjukkan mende nie adalah mousepad)

Suppose mousepad ini tidak di promosikan di blog da decal.. sebab blog ini khas untuk decal sahaja..tapi ..ini adalah entry khas untuk para penggemar decal untuk menempah mousepad anda... mengikut bunga decal pilihan anda... orait..

Ops..hampir terlupa.. nak tau harga ? Kalu nak tau harga..anda perlu email kepada saya :)

Apa tunggu lagi..jika berminat..tempahlah sekarang...!!!


Wednesday, July 28, 2010

PERCUMA MousePad !!!

" Dengan tulis ikhlas daripada DA Decal"
MousePad RA Percuma. - (tikus merah tidak di jual.. secara berasingan..kekeke)


Salam buat semua..
Berita baik untuk para pelawat dan juga pelanggan Da Decal yang di sayangi...
Tawaran istimewa untuk anda..MousePad Percuma untuk anda.!!

Dengan setiap belian 5 keping Da Decal, anda layak menerima sekeping mousepad RA..! Khas untuk pelanggan DA Decal. Tawaran terhad..hanya untuk 5 org yang terawal sahaja!!..Jadi cepat2 la rebut peluang ini...


Monday, July 26, 2010

Agen Da Decal - 7 Org sahaja


Pengumuman Penting/ Berita Baik :-

Bagi mereka2 yang ingin menjadik Agen Da Decal.. Kini Da Decal telah buka pendaftaran Agen Da Decal.
Untuk menjadi Agen , syarat2 adalah seperti berikut: -

Pendaftaran: - RM 20 (Sekali seumur hidup) - anda akan dpt card keahlian
Yuran Keahlian - Tiada
Keperluan: - Perlu ada blog atau pun kedai atau pun website.


Kelebihan/Keistimewaan: -
* Setiap belian decal- anda akan dpt harga agen yang sememangnya murah.(harga agen akan di maklumkan di dalam email)
* Decal percuma untuk anda.. sekiranya mencapai kuota yang di tetapkan setiap bulan.
* Anda boleh paternkan keunikkan decal anda sendiri.
* Anda akan terima patern2 lain dari semasa ke semasa untuk jualan anda..so tak perlu bersusah payah pikir design sekiranya anda takde masa untuk mencari.
* Setiap agen yang berdaftar - anda akan di senaraikan di dalam blog Rasmi Da Decal.



Pendaftaran:- Agen Da Decal Terhad- Cuma 7 orang Agen sahaja. Jadi peluang untuk anda menjual lebih besar.

Jika Berminat- Sila emailkan ke akamikasupport[@]gmail.com
Sila keluarkan tanda [ ] sebelum email. Ini untuk elak spam.

Cepat2..tawaran terhad..!!!

DA- Royal A34 & DA - RoyalA 38

Berikut sedikit tambahan untuk Da Decal bagi decal code DA Royal A34 (Version 1) dan DA Royal A38 (Version 2)
Jadi anda boleh pilih mana yang berkenan ye...


DA-Royal A34 (Version 1) - Bunga Kuning di bahagian atas.


DA-Royal A38 (Version 2) - Bunga Kuning di bahagian bawah.

Sila lihat dengan teliti sebelum membeli. Barang yang telah di jual, tidak boleh di tukar ganti. Terima kasih.

Saturday, July 17, 2010

Grade Da Decal

Salam kembali buat semua..
kini.. Da decal ingin mengumumkan... Decal di Da Decal kini ada 2 jenis grade.

Decal Grade A dan Decal Grade B

Decal Grade A - RM 25 sekeping*
dan
Decal Grade B - RM 18 sekeping*

*Tidak termasuk kos penghantaran.

Perbezaan antara decal grade A dan B?
Decal Grade A - lebih tebal dan warna lebih tahan lama (Boleh guna untuk kegunaan harian, tapi perlu coating).

Decal Grade B - lebih nipis dan tidak nampak kesan sticker. Warna tidak tahan lama berbanding decal grade A.(Tidak sesuai untuk kegunaan harian)

Bagi para customer Da Decal, anda boleh pilih sama ada nak decal grade A atau pun B.. Design masih lagi custom design..tak kisah design mcm mana pun yang anda inginkan...

Berita baik - Bagi mereka yang membeli Decal Grade A sebanyak 5 keping - Percuma sekeping Decal Grade B. Beli 10 keping Decal Grade A - Percuma 2 keping Decal Grade B. (Dalam gandaan 5).

Di nasihatkan..jika anda ingin membeli Decal Grade B dalam kuantiti yang banyak, adalah lebih baik, anda beli sekeping terlebih dahulu lihat kualitinya. Kalau puas hati ok.. boleh order banyak2 :)